Rafizi ‘berdrama’ janji letak jawatan menteri?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Dato’ Seri Rafizi Ramli disifatkan terus berdrama dan gagal menunaikan janjinya untuk meletakkan jawatan selepas kekalahan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 baru-baru ini.

- Advertisement -

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar menyifatkan tindakan Rafizi itu bukan sahaja mencemarkan integriti jawatan menteri, malah menggambarkan beliau tidak layak untuk berada dalam mana-mana organisasi, termasuk parti politik.

“Sebab tu aku sangat tak setuju orang macam dia ada dlm parti, bukan setakat masuk PAS, hatta dipelawa masuk PAS pun tidak layak. Sebab dia ni kaki drama macam ni langsung tiada nilai dalam mana-mana organisasi,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau.

Beliau dalam pada itu turut mengecam sikap Rafizi yang sering mencetuskan polemik dengan menyerang pemimpin sendiri secara terbuka demi meraih simpati masyarakat.

“Buka aib dan maklumat sulit parti pada umum, kecam para pemimpin sendiri pada umum. Berdrama demi simpati pada umum, bila habis punah semua kerja yang dia buat.

“Satu apa pun dia buat macam tak dak apa. Moga orang sebegini lenyap dengan partinya sekali dalam masa terdekat,” ujarnya.

Pemilihan PKR 2025 menyaksikan Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar dengan majoriti 5,937 undi.

Rafizi sebelum ini pernah menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR sebagai langkah menghormati mandat akar umbi. – HARAKAHDAILY 27/5/2025

- Advertisement -