Perang Gaza meluncur Israel ke jurang

- Advertisement -

KEBAKARAN meluas berpusat di Beit Shemesh, Wilayah Utara Palastine dan beberapa wilayah lain di bahagian tengah Israel hingga sampai ke kota Yerusalem suatu kasus balasan atas kekejaman dan keganasan atau ‘brutal’ terhadap rakyat Palestin.

- Advertisement -

Kobaran atau api marak melahap sejumlah kota di Israel kerana angin kencang dan udara sangat panas. Laporan media tempatan Israel menyatakan sebanyak 11 pesawat pemadam kebakaran dan lebih 100 petugas penyelamat bekerja keras di lokasi memadam kebakaran.

Daerah paling teruk di Estaol, iaitu perbukitan di Yerusalem dan beberapa wilayah lain dengan anggaran lebih 2,471 hektar dilahap api kerana suhu sangat panas dan hutan kering. Secara langsung dikaitkan dengan ucapan Presiden Amerika, Donald Trump bahawa “Gaza Neraka” telah beralih ke Israel dan Amerika Syarikat (AS) yang ditimpa bencana kebakaran tidak langsung disangka oleh Benjamin Netanyahu dan Trump bahawa neraka yang dijanjikan Trump telah salah sasaran membakar negara sendiri.

Sekian waktu mereka menyala api di tanah Palestin, membakar mimpi banyak jiwa dan menanam kebencian serta menyebar fitnah tetapi kini Israel dan Amerika menuai kobaran api dan menuai badai api dan taufan serta berteriak di tanah bara. Mimpi kalian berubah menjadi abu dan merasa kepanasannya.

Namun Israel terus menyerang Gaza ketika bencana api dan bencana lain menyusul di Israel yang juga menghadapi tentangan Palestin bukan lagi bertahan kerana mendapat dukungan besar masyarakat antarabangsa.

Tanda kejatuhan Israel di mata dunia dan kemerdekaan Palestin suatu perubahan ketara dalam konflik tragis di Gaza dikesan melalui operasional kelompok berlawan, perpecahan di AS hingga solidariti di Timur Tengah.

Mantan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak telah mengkritik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dipetik sumber Al-Mayadeen (Ahmad Yadin) bertarikh 26 April 2025 bahawa Ehud Barak memperingatkan ancaman besar kuasa dan indentitas masa depan Israel.

Bahkan beliau menuduh Netanyahu bertanggungjawag atas tindakannya membawa Israel ke arah jurang berbahaya yang nyata dan secara realiti kabur keamanan dan struktur politik, demokrasi dan masa depan Israel. Tambahan aksi perang hanya “sia-sia” tapi didorong kepentingan politik Netanyahu kerana tiada tindakan yang dicapai pembebasan tawanan Israel.

Israel menerima tambahan tiga jet tempur F-35 akan sinergi tentera IDF yang telah memiliki 45 pesawat seperti dinyatakan oleh jurucakap tentera Israel, Avichay Adraen di media pada 25 April 2025. Pesawat tempur itu tiba di pengkalan udara Nevatim, Khamis, 24 April 2025 dan dimasukkan ke dalam skuadrom ke-140 Angkatan Udara Israel dikesan entiti pertama di dunia memperoleh jet F-35 melalui penjanjian penjualan dengan tentera asing dan AS pada Oktober 2010.

Sementara Tel Aviv hancur luluh menyebabkan Israel panik tetapi beraksi semakin keras dan ganas hingga mengebom Lebanon, Suriah dan paling kejam ke atas Gaza menyasarkan rumah sakit, sekolah, infrastruktur awam atas alasan pertahan diri, memburu dan mencegah ancaman Hamas.

Negara Timur Tengah sudah bersaksi tidak diam lagi, dunia Islam bersatu malah menariknya AS mula curiga atas perang berpanjangan. Iran dan beberapa negara Islam sudah bergerak di lapangan bukan lagi sebagai penonton. Iran beraksi lebih duluan menegaskan bahawa Israel dan AS akan merasakan akibatnya kelak kerana Iran pemain utama medan persenjataan dengan memiliki nuklear dan rudal jarak jauh.

Tambahan Iran ada hubungan diplomatik di seluruh Timur Tengah malah Iran mempunyai dukungan moral dunia Islam apalagi melihat rakyat Palestin dibantai saban waktu. Arab Saudi telah bersuara, Yordania mengancam hubungan diplomatik dengan Israel dan Turki secara jelas akan bertindak jika Israel semakin ganas mengebom Palestin.

Media di dunia melaporkan aksi Israel yang ganas,dan pergeseran politik di Timur Tengah telah reda sebaliknya mereka bersatu, AS pula telah ragu-ragu yang kelazimannya apabila Israel diganggu sedikitpun AS langsung memberi kata dua tapi kini rakyat AS bangkit unjuk rasa atau demonstrasi besar-besaran, kelompok siswa mengadakan protes menolak AS pro-Israel kerana dana awan membiayai perang Israel malah tiada hubungan dengan mereka.

Israel akan rebah tanpa dukungan AS kerana kebencian dan pembantaian terhadap Palestin menampakkan api membakar tanah sendiri. Meskipun tidak semua luka dipadamkan dan dosa dilupakan namun kalian telah merasa kepanasannya. – HARAKAHDAILY 28/4/2025

Dr Zulkeflee Yaacob

Penulis ialah Psikososio yang juga Pakar Penasihat Wanita Kelantan.

- Advertisement -