
“PAS kini jadi parti terbesar mewakili Melayu di Parlimen dan Perak, tidak jadi kesalahan untuk penyokong Umno menyokong PERIKATAN NASIONAL (pada PRK Ayer Kuning),” demikian kata Tan Sri Annuar Musa bekas Setiausaha Agung Umno yang kini Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.
Umat Melayu ini pengundi teramai dalam negara. Apabila umat Melayu berpecah dari segi sokongan politik maka kekuatan politiknya menjadi lemah. Apabila lemah agenda perjuangan ummah turut lemah sehingga terpaksa pula mengharap-harap sokongan pihak lain.
Rugi berpecah. Apabila kukuh bersatu kekuatan politik kita, nasib dan kepentingan ummah terjamin dan dihormati. Tenang dan selamat semua.
Dalam PRU Parlimen dan negeri ke 15 lalu di Perak rata-rata pengundi Melayu termasuklah penyokong Umno memberi sokongan besar pada calon-calon PAS dan PN sehingga menguasai kerusi majoriti Melayu terbanyak di Parlimen dan DUN Perak.
Mereka menolak calon-calon Melayu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi DAP kerana bosan dan berputus-asa pada kemampuan parti-parti ini membela nasib ummah. Ramai calon-calon gergasi Melayu Umno dan PH kecundang di Perak. Mereka mahukan yang bersih dan berwibawa.
Justeru kekal menyokong parti Melayu terbesar di Ayer Kuning adalah isyarat bahawa rakyat mahukan penyatuan ummah dan tidak mahu lagi melihat politik Melayu ini lemah.
Lalu tidak salah penyokong Umno mengundi PN di Ayer Kuning.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR
Yang Dipertua PAS Kawasan Subang
14 April 2025 – HARAKAHDAILY 14/4/2025











