Bergambar sama, tunjuk semangat demokrasi

- Advertisement -

TAPAH: Ustaz Abd Muhaimin Malek secara kebetulan bertembung dengan Dr Mohamad Yusri Bakir ketika menyantuni peniaga dan pengunjung serta berkempen di Pasar Tani Tapah Road, di sini pagi ini.

Pertemuan tidak dirancang tersebut berlangsung dalam suasana mesra, dengan kedua-dua calon sempat bergambar bersama, mencerminkan kematangan dalam berpolitik dan demokrasi.

Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) dan Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning itu turut menunjukkan nombor calon masing-masing dengan simbolik jari.

Turut hadir memberikan sokongan kepada calon PN ialah Ahli Parlimen Parit, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib, serta Ahli Parlimen Parit Buntar, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki.

Aktiviti menyantuni peniaga itu dilakukan Ustaz Muhaimin selepas selesai menunaikan solat Subuh jemaah di Surau Mak Teh dan bersarapan pagi di sebuah kedai di Kampung Mak Teh.

Selepas itu, program diteruskan dengan ziarah penduduk di Unit Daerah Mengundi (UDM) Tapah Road dan UDM Tanjung Keramat, sebelum memenuhi beberapa lagi aktiviti dijadualkan. – HARAKAHDAILY 14/4/2025

- Advertisement -
- Advertisement -