Jom pakat mai Rumah Terbuka Aidilfitri MB Kedah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Orang ramai khususnya rakyat Kedah, dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md, pada 6 April ini.

- Advertisement -

Majlis yang akan diadakan di kediaman rasminya, Seri Mentaloon akan bermula pada jam 5 petang sehingga 11 malam.

Lebih 20 jenis menu juadah akan disediakan kepada pengunjung yang hadir, antaranya, lemang, ketupat, rendang, aneka cucur, kuih-muih, mi goreng dan lain-lain.

Termasuk menu utama yang menjadi sajian setiap kali rumah terbuka beliau, gulai daging riyas pisang.

Selain itu pengunjung juga berpeluang menyertai permainan Roda Impian dan hadiah menarik akan disediakan kepada pemenang, di samping dapat merakam kenangan indah di ‘photobooth’ Experience Kedah.

Turut disediakan, mini zoo pelbagai haiwan jinak, maskot ceria untuk hiburan kanak-kanak dan berpeluangkan menyaksikan pesta cahaya serta hiasan lampu LED berwarna-warni di waktu malam.

Menteri Besar dan isteri juga seperti biasa akan menemui serta beramah mesra bersama para pengunjung.

Dalam pada itu, pengunjung juga akan dihiburkan oleh artis tempatan yang dijemput khas, Mawi dan Ramli Sarip, termasuk kumpulan nasyid Nada serta berpeluang mendengar celoteh dari deejay hebat, Naim Aidar.

Van khas akan disediakan sebagai pengangkutan membawa pengunjung dari tapak parkir ke kawasan kediaman tersebut.

Oleh itu, apa tunggu lagi, pastikan hadir beramai-ramai bersama keluarga, saudara mara, rakan taulan tanpa mengira kaum dan agama, memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar, kali ini. – HARAKAHDAILY 3/4/2025

- Advertisement -