Tanah Sekinchan: Benarkah ada Titah Sultan Selangor?

Bicara Harakahdaily (HD) bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Panjang, Mohd Razali Saari (kanan) dan moderator, Suffi Kamari berhubung permohonan pertukaran status tanah di Sekinchan. (FOTO: HARAKAHDAILY/AmirunIzzatAmran)
- Advertisement -

SHAH ALAM: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Panjang, Mohd Razali Saari akan mengupas isu kontroversi berkaitan titah Sultan Selangor yang dikatakan digunakan dalam surat Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Dato’ Ng Suee Lim.

- Advertisement -

Menurut beliau, ia berhubung permohonan pertukaran status tanah di Sekinchan, sedangkan hasil semakan dengan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mendapati tiada rekod rasmi mengenai titah tersebut.

Perkara itu akan dibincangkan dalam Bicara Harakahdaily (HD) yang disiarkan secara langsung di Facebook, TikTok dan YouTube pada Khamis, 20 Mac, jam 10:30 malam hari ini.

Mohd Razali dijangka menjelaskan implikasi isu manipulasi oleh pemimpin politik daripada DAP itu terhadap institusi Istana dan perancangan pembangunan di Sekinchan.

Bicara itu akan dipengerusikan pempengaruh, Suffi Kamari yang akan mengemukakan soalan kritikal bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai kebenaran titah Diraja serta tindakan Exco berkenaan.

Mohd Razali menegaskan bahawa institusi Istana tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi atau politik.

Beliau menuntut penjelasan dan ketelusan daripada pihak yang terlibat bagi mengelakkan salah faham serta menjaga kehormatan institusi Diraja.

Perbincangan itu diharap dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan menjaga integriti sistem pemerintahan negeri serta memastikan setiap keputusan dibuat berdasarkan fakta dan bukan manipulasi politik. – HARAKAHDAILY 20/3/2025

- Advertisement -