‘Rakyat di bawah bersungut kos sara hidup terus meningkat’

Senator Hussin Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Hussin Ismail mempersoalkan langkah kerajaan dalam menangani peningkatan kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat, terutama apabila hampir semua harga barangan terus meningkat.

- Advertisement -

“Memang semua faham bahawa cukai adalah sebahagian besar punca sumber negara, cuma apabila sekarang ini hampir semua barang naik, menjadikan kos sara hidup masyarakat sangat tertekan,” katanya ketika mencelah ucapan penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata, isu itu dibincangkan di pelbagai lokasi di seluruh negara dan rakyat semakin bersungut mengenai beban yang mereka tanggung.

“Bicara ini dibicara di merata lokasi di seluruh negara, jadi apa usaha kerajaan untuk menurunkan kos ini selain daripada kita memang untuk tingkatkan hasil melalui cukai, tapi dalam waktu yang sama, rakyat di bawah bersungut sangat-sangat tentang kos sara hidup yang terus meningkat,” ujarnya lagi.

Beliau turut menyentuh kesan kenaikan kos terhadap sektor industri yang akhirnya memberi impak kepada pengguna akhir, termasuk dalam isu tarif elektrik.

“Seperti kos elektrik, masa awal dulu bincang 85 peratus yang di bawah tak kesan, tapi bila industri, pemain industri menerima bayaran tinggi ataupun dicajkan dengan kos yang tinggi, dia akan berdepan kepada orang bawah juga sebab pengguna akhir (end user) berada di bawah,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/3/2025

- Advertisement -