Kanak-kanak cuba dicabul ketika solat Subuh di masjid

- Advertisement -

HULU SELANGOR: Tular kejadian seorang lelaki dipercayai warga tempatan mencabul seorang kanak-kanak perempuan yang sedang bersolat Subuh di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali, di sini.

- Advertisement -

Menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam masjid tersebut, kejadian berlaku jam 6:41 pagi hari ini.

Dalam video berdurasi satu minit 38 saat itu lelaki berkenaan dilihat masuk dalam kawasan solat muslimat dan menuju ke arah mangsa yang sedang bersolat di bahagian belakang jemaah wanita.

Ketika itu, murid berkenaan sedang solat di saf belakang seorang diri, justeru menyebabkan tindakan itu tidak disedari jemaah wanita lain yang sedang sujud.

Dalam rakaman berasingan, lelaki itu dilihat bergelut, meraba, memeluk dan cuba melondeh seluar mangsa.

Suspek tersebut kemudiannya bertindak memeluk dan mendukung kanak-kanak perempuan itu bagi dibawa keluar dari kawasan solat muslimat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes itu tempoh terdekat. – HARAKAHDAILY 21/2/2025

- Advertisement -