URA: Bela atau ancam pemilikan hartanah Melayu?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) tidak seharusnya dibiarkan dalam memberi kebenaran penukaran kependudukan orang-orang Melayu di kawasan bandar menerusi nilai hartanah yang tinggi mahupun kadar keuntungan melampau.

- Advertisement -

Setiausaha Sahabat Cakna Lembah Pantai, LAr Fauzi Abu Bakar berkata, negara perlu mempunyai satu daya usaha untuk memperkasakan bank tanah atau ‘land bank’ bagi menjaga pemilikan tanah di kawasan bandar daripada terlepas kepada bangsa lain.

“Usaha ini hendaklah dilakukan dengan cara penjualan-penjualan unit perumahan yang dibina tidak dijual dengan harga melebihi daripada kuota yang ditetapkan untuk setiap pembangunan.

“Sekiranya permintaan-permintaan untuk mendapatkan pelepasan daripada syarat-syarat kuota tersebut atas asas ‘property’ tersebut tidak dapat dijual dalam satu tempoh biasanya, maka peranan-peranan yang perlu diambil oleh ‘sovereign fund’ menjadi satu pemegang pemilik asas harta-harta orang Melayu untuk kemudian hari,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa; Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali; Penyelidik Akademi Tamadun Alam Melayu (TAMU), Zaharah Sulaiman dan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah.

Beliau dalam pada itu menggesa Ahli-ahli Parlimen di negara ini untuk menyatakan bantahan terhadap akta berkenaan bagi memastikan nasib orang Melayu di kawasan bandar terus terbela dan tidak diketepikan.

“Ini antara perkara yang perlu kita tegaskan dan perjuangkan oleh pihak-pihak ahli-ahli parlimen supaya dapat menjustifikasikan bahawa akta yang akan dibentangkan tersebut tidak memberi kebaikan terutamanya kepada orang-orang Melayu yang berpendapatan rendah,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/2/2025

- Advertisement -