Sejauh mana projek PSPJN beri impak kepada negara

Datuk Ahmad Amzad Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kejayaan pelancaran satelit UzmaSat-1 membuktikan keupayaan syarikat tempatan dalam membangunkan industri angkasa negara.

- Advertisement -

Namun, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) mempersoalkan sejauh mana impak pelaksanaan Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN) terhadap penjimatan kos, perkongsian infrastruktur, dan pengurangan kebergantungan kepada langganan perkhidmatan imej satelit asing.

“Adakah kajian impak dilakukan terhadap pelaksanaan PSPJN ini, terutamanya dari segi penjimatan kos, perkongsian infrastruktur, penerimaan resolusi data serta penerimaan data dalam masa nyata?” katanya semasa mengemukakan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga menanyakan bagaimana projek tersebut dapat mengoptimumkan perbelanjaan serta memperkukuhkan keupayaan negara sebagai peneraju teknologi angkasa di peringkat serantau.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, PSPJN merupakan projek penting yang membolehkan negara membina keupayaan untuk menghasilkan satelit sendiri, khususnya satelit penderiaan jauh.

Ujarnya, setiap tahun, negara terpaksa membelanjakan lebih RM20 juta untuk membeli imej satelit dari luar negara, dan projek ini bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan tersebut dengan menghasilkan satelit negara sendiri. – HARAKAHDAILY 18/2/2025

- Advertisement -