Fakhrul Anwar utama penduduk dalam lima aspek

- Advertisement -

KANGAR: Lima aspek utama menjadi fokus perkhidmatan ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail, dalam memastikan ehwal penduduk terus terjaga dan pembangunan kawasan DUN tersebut diperkasa.

- Advertisement -

Lima aspek itu ialah kebajikan, kesihatan, kemasyarakatan, inisiatif khas dan infrastruktur.

Dalam aspek kebajikan, Fakhrul Anwar menyumbangkan 149 bakul makanan kepada asnaf, selain melaksanakan program ziarah kebajikan melibatkan lima rumah setiap kampung dengan agihan 365 bakul makanan sepanjang tahun lepas.

Bantuan turut diberikan kepada mangsa ribut dan banjir dengan jumlah masing-masing 15 dan 30 bakul makanan.

Bagi aspek kesihatan, beliau menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan dalam bentuk kerusi roda, katil pesakit, lampin pakai buang untuk dewasa dan kanak-kanak, serta tongkat bagi memudahkan pergerakan mereka yang uzur.

Selain itu, Fakhrul Anwar turut memperkenalkan inisiatif khas melalui kerjasama dengan MBSB Bank dalam program jualan sejahtera dan sumbangan kepada asnaf.

Antara inisiatif yang dijalankan ialah jualan Ayam Sejahtera yang bertujuan membantu rakyat mendapatkan bekalan makanan dengan harga lebih murah.

Dalam aspek kemasyarakatan, pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk sumbangan bola takraw dan bola sepak kepada kumpulan anak muda, program berbuka puasa, serta ziarah kematian di masjid-masjid.

Program Fun Run Bintong 2024 turut diadakan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, khususnya anak-anak muda.

Aspek infrastruktur juga diberi perhatian dengan pelbagai kerja naik taraf dan penyelenggaraan dilaksanakan di beberapa kampung seperti Kampung Abi, Kampung Batu Pahat, Kampung Bendang Baru, dan Kampung Wang Belimbing.

Projek pembaikan surau serta sistem perparitan turut dijalankan bagi meningkatkan kemudahan awam untuk kegunaan penduduk.

DUN Bintong ditawan PAS dalam PRU-15 melalui kerjasama gabungan Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 4,239 undi dalam pertandingan enam penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Pejuang, Warisan, serta seorang calon bebas.

Sebelum itu, DUN Bintong pernah dimenangi PAS pada PRU-6 tahun 1982 hingga 1986, sebelum kembali dikuasai Umno sejak PRU pertama pada 1959 sehingga PRU-14.

Kemenangan dalam PRU-15 membuktikan rakyat Bintong mahukan perubahan dan kepimpinan yang lebih prihatin terhadap kebajikan mereka.

Fakhrul Anwar komited untuk terus membawa suara rakyat dan memperjuangkan pembangunan yang lebih baik untuk kawasan DUN Bintong. – HARAKAHDAILY 4/2/2025

- Advertisement -