PAS dan PN sedia menang lebih besar dalam PRU16

- Advertisement -

PAS SELANGOR menyambut baik kenyataan Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berpandangan PAS akan menjadi pilihan orang Melayu jika Umno masih lagi gagal bangkit untuk mendapatkan kembali kepercayaan kaum tersebut.

PAS Selangor yakin di samping mempunyai sokongan rakyat dan jentera yang kuat di peringkat akar umbi, PAS dan PN mampu untuk menang lebih besar dalam PRU-16 akan datang dengan tawaran barisan kepimpinan yang bijak, dasar yang konsisten, dan rekod pentadbiran yang cemerlang khususnya di negeri Selangor.

- Advertisement -

Perkara ini adalah tidak mustahil kerana di samping kewibawaan PAS dan PN, Pakatan PH-BN mengalami krisis integriti yang sangat kritikal apabila mereka membakul sampahkan ideologi, prinsip, dan manifesto atau janji mereka kepada rakyat semasa berkempen dalam PRU-15 lalu.

Kini, rata-rata rakyat negeri Selangor sangat positif dan semakin yakin dengan prestasi Ahli Dewan Negeri (ADN) dan Ahli Parlimen PAS serta PN yang sentiasa turun ke lapangan, bergelumang dengan denyut nadi kesusahan rakyat, pantas turun ke masyarakat menyelesaikan masalah mereka serta mempunyai hubungan yang akrab dengan agensi-agensi atau kakitangan penjawat awam Kerajaan Negeri Selangor. 

PAS di Selangor melalui aspirasi #BaktiDemiSelangor kini sangat bersedia untuk mengisi kelompongan yang ada dalam PH-BN.

Justeru, melalui kebangkitan dan kesedaran politik rakyat khususnya di Selangor, PAS bersama PN akan terus komited memberikan khidmat bakti terbaik demi Selangor dan Malaysia yang lebih baik.

Sekian Selangor deserves better, Malaysia deserves better!

MOHD SHAFIE NGAH 
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor
Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal – HARAKAHDAILY 16/1/2025

- Advertisement -