Montaj TMM: ‘Jika silap, mengaku saja, perbaiki balik’

Abdul Latiff Abdul Rahman
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Pusat diminta mengakui kegagalan meletakkan visual masjid berbanding memaparkan gereja dan kuil dalam montaj Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

- Advertisement -

Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman lantas menasihati Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar menerima kesalahan tersebut tanpa sebarang keraguan.

“Jika buat silap, mengaku sahaja dan perbaiki balik, jangan pula buat-buat silap, bila ditegur, baru kononnya menyedari kesilapan berlaku, mudah sahaja minta maaf sahajakan.

“Tetapi janganlah buat pula, dah banyak kali berlaku ni,” katanya dalam satu hantaran di Facebook yang mengulas kenyataan tidak berfakta Perdana Menteri mengenai Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK2024).

Terbaharu kata beliau, Ahli Parlimen Tambun itu mempertikaikan video TMK 2024 yang didakwanya tidak mempunyai visual masjid selain mencetuskan polemik masyarakat.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krai itu berkata, pihaknya tidak dapat menerima kenyataan kerajaan fokus diberi pelancongan berbanding video masjid menjadi pertikaian.

Beliau turut berkongsi satu pautan montaj TMK 2024 dikeluarkan kerajaan negeri sebagai promosi yang didakwa tidak ada imej masjid https://youtu.be/2K9mhKHU0l4?si=Od-xnyRBHVJfbEHD

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tiong King Sing menjelaskan video montaj yang dipertontonkan pada Isnin lalu bukan bertujuan promosi TMM 2026.

Ia ekoran kontroversi montaj pelancaran TMM 2026 yang dikecam hebat pemimpin PN kerana tidak memaparkan imej masjid, sebaliknya hanya menampilkan kuil dan gereja.

Menurutnya kerajaan akan membuat semula visual itu dengan lebih terperinci bagi mempromosikan setiap negeri dan dijangka bakal disiarkan dalam tempoh seminggu lagi. – HARAKAHDAILY 12/1/2025

- Advertisement -