Sembunyi Titah Adendum: Bawa mereka ke muka pengadilan

Dato' Ustaz Rosli Abdul Jabar
- Advertisement -

KUANTAN: PAS Pahang mengutuk sebarang usaha menyembunyikan titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, pengesahan kewujudan Titah Adendum berkenaan penahanan dalam rumah Dato’ Sri Najib Razak itu membuktikan wujudnya usaha menyembunyikan titah Yang di-Pertuan Agong oleh pihak tertentu.

“Kami merasakan bahawa ini adalah satu pengkhianatan terhadap Sultan Pahang dan prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, setiap tindakan yang cuba mencemarkan kewibawaan institusi Raja-Raja Melayu, terutama yang melibatkan penyelewengan kuasa, adalah satu tindakan yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

“Kami mendesak agar pihak yang bertanggungjawab menyembunyikan Titah Addendum ini dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya yang juga ADUN Tanjung Lumpur.

Beliau menegaskan, PAS Pahang akan terus mempertahankan kedaulatan Sultan Pahang dan memastikan titah Baginda dihormati serta hak rakyat Malaysia dijaga. – HARAKAHDAILY 11/1/2025

- Advertisement -