Kenapa ‘approval rating’ PM masih bawah 60%?

- Advertisement -

SUBANG: Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Roslan Shahir Mohd Shahir menyifatkan kadar populariti Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang meningkat kepada 54 peratus berdasarkan kajian Merdeka Centre baru-baru ini, masih menunjukkan kelemahan. 

Beliau berkata, meskipun terdapat peningkatan berbanding 50 peratus dalam kajian sama pada 2023, angka itu tidak mencerminkan sokongan kukuh kepada seorang Perdana Menteri yang pernah menjanjikan pelbagai perubahan kepada rakyat. 

“Bermakna rakyat masih belum berjaya dipengaruhi walau dah 2 tahun kerajaan yang dibentuk hasil ‘hung parliament’ ini berkuasa,” katanya dalam media sosial miliknya. 

Menurut kajian sama, 53 peratus responden berpendapat negara kini berada di landasan yang salah, meningkat satu mata peratusan berbanding 52 peratus pada tahun lalu.

“Apa yang mahu dibanggakan?” kata Roslan sambil menegaskan isu kenaikan kos sara hidup, ekonomi yang tidak menentu, dan ketidakstabilan politik terus menghantui rakyat. 

“Rakyat juga kesal kerana ada negeri-negeri Melayu yang tidak menerima perhatian sewajarnya, dinafikan royalti, MP pembangkang dan ADUN beberapa negeri dinafikan peruntukkan.

“Telah kita katakan selagi kuasa politik majorti Melayu berpecah, tiada kesatuan, selagi itulah rakyat tidak selesa, curiga dan sentiasa rasa terancam,” katanya.

“Selagi si kaduk yang dominan dalam kerajaan, selagi itulah kelam dan hambar situasi negara, dan populariti PM percayalah,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/12/2024

- Advertisement -
- Advertisement -