Pelupusan ubatan tidak terkawal dorong tubuh AMR

Shaharizukirnain Abd Kadir
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelupusan ubatan yang tidak terkawal boleh menyebabkan pencemaran persekitaran dan mendorong pembentukan kerintangan antimikrob (AMR) yang memberi kesan negatif kepada kesihatan.

- Advertisement -

Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) berkata, kerajaan melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah mengadakan penyelidikan terhadap bahan cemar baharu yang mengganggu seperti mikroplastik terhadap kualiti air di beberapa lembangan sungai pada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Apakah dapatan kajian tersebut dan langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk mengatasi pencemaran dan juga meningkatkan pengurusan sisa plastik?

“Selain itu, adakah kerajaan mempunyai sistem pemantauan berpusat bagi mengesan bahan-bahan kimia yang mengganggu kualiti air seperti endokrin dan ketahanan AMR di sungai?

“Seterusnya, adakah kerajaan bercadang untuk memperluaskan Program Sungai Angkat dengan melibatkan penyertaan swasta dan juga komuniti setempat dalam memelihara sungai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pihaknya membuat permohonan bersama Kementerian Ekonomi melalui RMK13 bagi mengkaji dan menggubal perundangan plastik di peringkat nasional.

“Kalau kita bergantung semata-mata kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau kerajaan negeri ia akan melihat satu kesan yang terpisah dan tidak dapat satu pendekatan nasional dalam hal ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/12/2024

- Advertisement -