Penting pandangan ahli keluarga dalam pelaksanaan qisas

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan negeri dicadang untuk mengambil kira pandangan ahli keluarga di dalam pelaksanaan hukuman qisas, kemuka Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Cheka).

- Advertisement -

Katanya, kerajaan negeri perlu mengambil keputusan drastik dalam isu berkenaan kerana Lembaga Pengampunan yang membawa isu qisas ke Mahkamah Syariah adalah di bawah bidang kuasa mereka.

“Dalam kes qisas (melibatkan kes) hukum bunuh, ada tiga pilihan. Pelaksanaan hukum, diyat atau ganti rugi atau keluarga mengampunkan.

“Saya fikir kalau keluarga mengampunkan pesalah, maka itu yang terbaik. Maka sebab itu Tuanku (Sultan Pahang) cadang supaya pandangan keluarga diambil kira kepada Lembaga Pengampunan.

“Bukan kuasa Lembaga Pengampunan penuh, tetapi pandangan keluarga itu diambil kira sebagai nasihat kepada Lembaga Pengampunan.

“Saya fikir supaya kita jelas dalam kes ini untuk kita laksanakan kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negeri Pahang, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad dalam jawaban balasnya turut menyatakan persetujuan terhadap cadangan berkenaan.

“Pandangan daripada Cheka itu tadi tidak bercanggah dengan apa yang dimaksudkan oleh kerajaan negeri. InsyaAllah, benda ini adalah suatu perkara yang perlu kita laksanakan, tetapi perlu kepada keupayaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/12/2024

- Advertisement -