‘Arwah banyak beri kerjasama berkaitan nelayan’

- Advertisement -

KUANTAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Dato’ Andansura Rabu berkata ramai yang mengenali Allahyarham Raja Haris Raja Salim (foto atas) terutama masyarakat DUN itu.

- Advertisement -

Menurutnya, allahyarham merupakan seorang tokoh yang banyak menabur bakti kepada masyarakat khususnya di sekitar Balok.

“Kembali ke rahmatullah seorang tokoh yang banyak menabur bakti kepada masyarakat khususnya di sekitar Balok.

“Raja Haris Raja Salim, Ketua Nelayan Balok yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Nelayan Kuantan,” ujarnya dalam satu hantaran di laman sosialnya.

Katanya, allahyarham banyak membantu dan memudah cara urusan berkaitan kepentingan dan kemudahan untuk warga nelayan di Balok.

Tambahnya, allahyarham seorang yang peramah, mudah mesra dan mudah dibawa berbincang.

“Allahyarham juga banyak memberikan kerjasama kepada pihak saya khususnya dalam perkara-perkara berkaitan nelayan.

“Saya dan Pusat Khidmat DUN Beserah amat menghargai kerjasama dan khidmat bakti yang beliau berikan baik kepada kami mahu pun kepada Masyarakat,” ujarnya lagi.

Andansura juga sempat hadir solat jenazah allahyarham di Masjid Balok, pagi kelmarin.

“Salam takziah buat sekalian ahli keluarga Allahyarham Raja Haris. Semoga sabar dan tabah menghadapi ujian kehilangan ini.

“Sama-sama kita doakan agar Allah SWT mengurniakan rahmat dan keampunan serta menempatkan allahyarham bersama hamba-hamba-Nya yang dikasihi,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 2/12/2024

- Advertisement -