Sejauh mana Baitul Mahabbah berperanan

Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sehingga kini, bantuan kepada Baitul Mahabbah dalam melaksanakan program-program serta penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) masih menjadi persoalan.

- Advertisement -

“Setakat ini apakah bantuan yang telah diberi kepada Baitul Mahabbah ini untuk melaksanakan program dan berapa banyak ke penglibatan NGO-NGO,” soal Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga ingin mengetahui cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program tersebut serta bertanya sama ada kanak-kanak berumur lebih daripada 14 tahun yang ditahan di depot ini diasingkan daripada penghuni dewasa.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan, kini terdapat lima pusat Baitul Mahabbah, dan kerajaan merancang untuk menambah pusat-pusat ini pada masa akan datang melalui kajian dan pembaharuan yang berterusan.

“Bagi pengoperasian Baitul Mahabbah, pelbagai aktiviti termasuk hormat, penjagaan, pembelajaran, khidmat rundingan, serta aktiviti harian untuk mengawasi kanak-kanak dirancang untuk memastikan manfaat terbaik kepada kanak-kanak ini,” jelas beliau. – HARAKAHDAILY 14/11/2024

- Advertisement -