Tun Daim berjaya lahir ramai usahawan Melayu

Tan Sri Annuar Musa
- Advertisement -

KOTA BHARU: Allahyarham Tun Daim Zainuddin, 86, berjaya melahirkan ramai usahawan Melayu yang berjaya dan terkenal.

- Advertisement -

Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Tan Sri Annuar Musa berkata, Allahyarham juga merupakan seorang usahawan Melayu yang berjaya di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Saya sedih tidak dapat hadir dan memberi penghormatan terakhir kerana tidak berada dalam negara,” katanya pada catatan Facebook hari ini.

Daim dilapor meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pagi tadi. Allahyarham mengalami strok baru-baru ini dan dirawat di unit rawatan rapi.

Arwah dilahirkan pada 29 April 1938 di Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali.

Annuar berkata, Allahyarham Tun Daim disifatkan sebagai seorang Menteri Kewangan yang berjaya kerana banyak jasa kepada rakyat dan negara.

“Saya kehilangan seorang lagi rakan kabinet yang pernah sama-sama berkhidmat di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Menurutnya Allahyarham seorang yang ‘simple’ namun mempunyai pemikiran yang tajam. Arwah juga tidak suka retorik dan sangat ‘action oriented’. – HARAKAHDAILY 13/11/2024

- Advertisement -