Nilai ringgit: Perlu realistik, bukan sepenuhnya usaha kerajaan

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) menggesa kerajaan untuk bersikap realistik dalam menilai perubahan nilai mata wang ringgit dan bukan sepenuhnya hasil usaha atau kebijaksanaan kerajaan.

- Advertisement -

Menurutnya, perubahan dalam nilai ringgit lebih banyak dipengaruhi oleh faktor luaran dan tidak wajar dijadikan modal politik.

“Hakikatnya turun naik mata wang ringgit ini perkara biasa. Dari November 2022 hingga Januari 2023 nilai ringgit menaik. Kemudian dari Februari 2023 hingga April 2024 menurun. Ketika nilai yang sama-sama ketika mula-mula PH dan BN menjadi kerajaan.

“Ketika perdana menteri mengangkat sumpah pada 24 November 2022, ringgit pada masa itu RM4.47 satu dolar. Manakala hari ini 13 November RM4.44 ketimbang RM4.12 pada 27 September. Jadi makna tidak jauh beza.

“Jadi saya tidak nampak kenapa kerajaan boleh mendabik dada bahawa telah berjaya menaikkan dan mengukuhkan nilai ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Kata Fadhli, walaupun Menteri Kewangan mungkin tidak mempolitikkan isu itu, namun terdapat pihak yang mendakwa kerajaan berjaya menaikkan nilai ringgit atas dasar kebijaksanaan mereka.

“Saya mengulangi balik apa yang saya fahami bahawa siapa jua menjadi kerajaan, nilai mata wang ringgit ini tidak boleh kita kawal seratus-peratus.

“Hal ini kerana kenaikan nilai mata wang ringgit menjadikan kita terpaksa bersaing dalam pasaran eksport global dan mengurangkan minat pelabur asing itu satu faktor walaupun ada di sana perkara-perkara positif begitu juga kejatuhan nilai mata wang ringgit, meningkatkan perniagaan domestik dan menggalakkan perdagangan eksport.

“Jadi di sana sudah tentu pelbagai isu dalam bab isu ringgit ini, saya yakin bahawa ia tidak perlu untuk dipolitikkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/11/2024

- Advertisement -