Gultech bakal buka 600 peluang pekerjaan

- Advertisement -

PADANG SERAI: Kerajaan Negeri berbesar hati serta menyambut baik pembinaan kilang baharu Gultech yang akan dibangunkan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Kulim, di sini.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Negeri, Dr Haim Hilman Abdullah berkata, keputusan Gultech meluaskan operasi di Kedah membuktikan potensi negeri ini sebagai hab utama bidang pembuatan dan teknologi maju.

“Gultech telah membuat pelaburan sebanyak RM300 juta, dengan pelaburan ini sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam industri pembuatan berteknologi tinggi di peringkat global.

“Selain turut memperkukuhkan Kedah sebagai hab utama dalam bidang pembuatan dan teknologi maju,” kata beliau.

Haim berkata demikian pada perasmian majlis pecah tanah untuk pembangunan kilang baharu Gultech di KHTP, kelmarin.

Katanya lagi, pembinaan kilang berkenaan bukan sahaja memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi negeri Kedah, malah dapat membuka hampir 600 peluang pekerjaan khususnya kepada masyarakat setempat.

“Perkembangan ini memberi peluang kepada pertumbuhan untuk industri tempatan, malah Kedah sentiasa terbuka untuk pelabur-pelabur dunia menjadi sebahagian daripada kejayaan The Greater Kedah,” tambah beliau.

Turut hadir, Pegawai Perancang Bandar, Jabatan Perancangan dan Landskap Majlis Perbandaran Kulim, Uzwana Mahmud.

Gultech yang dijangka beroperasi pada Jun 2026, bukan sahaja memperkukuhkan sektor pembuatan negara, malah menyokong perkembangan industri berteknologi tinggi di KHTP. – HARAKAHDAILY 13/11/2024

- Advertisement -