Visa pemain import KDN FC di peringkat akhir

Rozi Muhamad
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelewatan visa pemain import Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) disebabkan masaalah taknikal yang tidak dapat dielakkan sehingga ia terpaksa ‘ditanggung’ oleh kelab terbabit.

- Advertisement -

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan visa untuk pemain import KDN FC kini telah berada di peringkat akhir.

Presidennya, Rozi Muhammad berkata, bagaimanapun isu itu sedang diselesaikan, malah ianya telah berada di peringkat akhir penyelesaian.

Menurutnya, KDN FC berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kelulusan visa dan perit pemain import dapat diperolehi dengan seberapa segera yang mungkin sebagaimana biasa yang dilakukan pihaknya.

“Isu kelewatan dalam menyelesaikan prosedur ini sebenarnya disebabkan beberapa masaalah teknikal yang tidak dapat dielakkan dan terpaksa dihadapi oleh pihak kelab.

“Bagi peringkat akhir prosedur kelulusan visa pihak kelab telah menyelesaikan perkara berkaitan sama ada berkenaan dokumentasi dan sebarang pembayaran kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab isu tular di media sosial berkaitan pemain import KDN FC tidak mempunyai visa.

Perkara itu berlaku berikutan ejen pemain dari Korea Selatan, Myeongho Jeong yang mendedahkan perkara itu dan terkini beliau mendakwa terdapat pemain yang diharamkan memasuki ke Malaysia sebagaimana yang dilaporkan media tiga hari lepas.

Katanya,  kini hanya menunggu kelulusan dan seterusnya pengeluaran visa rasmi dapat sahaja lagi.

Tambah Rozi, sebelum ini terdapat sedikit kekeliruan dari pihak ejen pemain berkenaan proses dan masaalah taknikal yang dihadapi kelab.

“Bagaimanapun pihak kelab dapat mengatasi perkara berbangkit hasil komunikasi yang baik bersama ejen pemain import berkenaan.

“Pihak kelab tidak pernah lepas tangan serta mengabaikan isu dan telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menyelesaikan masaalah dengan sebaik mungkin,” katanya.

Tambah beliau, pihak kelab juga telah mengambil langkah yang lebihefektif dengan mengadakan kunjungan hormat kepada imigresen negeri kelantan.

Menurutnya, hasil dari kerjasama yang baik antara keduanya beliau telah dimaklumkan permohonan visa pemain import kini berada di peringkat akhir untuk diluluskan

“Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan berbanyak terima kiasih kepada pihak imigresen atas segala kerjasama baik yang diberikan kepada pihak kelab

“Di sini sekali lagi saya tegaskan kami di pihak pengurusan dan seluruh kakitangan kelab sentiasa peka dengan isu yang berbangkit serta berusaha menyelesaikannya dengan berlandaskan etika pengurusan yang profesional,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/11/2024

- Advertisement -