Lelaki maut motosikal ditunggang hilang kawalan

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya telah hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang lampu di kiri jalan di Jalan Dato Menteri menghala ke Jalan Mahmoodiah, di sini pada jam 3.37 pagi, tadi.

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Polis (ACP) Raub Selamat, berkata akibat kejadian tersebut mangsa, 18 telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, tadi.

Justeru, pihak polis memohon saksi awam yang melihat kejadian tersebut agar tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

“Selain itu, saksi awam juga boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Fathihah Ismail di talian 010-4171762,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/9/2024

- Advertisement -