Konvensyen JPLN di Turki erat ukhuwah ahli PAS

Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Konvensyen Jabatan PAS Luar Negara (JPLN) telah diadakan di Istanbul, Turki bagi mengeratkan ukhuwah ahli PAS yang berada di luar negara.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengucapkan tahniah kepada semua yang menghadiri konvensyen tersebut.

Konvensyen itu berlangsung pada 28 dan 29 September yang dianjurkan oleh JPLN dan beliau yang dijemput hadir bagi menyampaikan ucaptama dan berdialog bersama anak Malaysia yang bersama PAS di luar negara.

“Tahniah JPLN di atas penganjuran konvensyen ini. Ia adalah medan terbaik bagi ahli bertemu dan mendapatkan pandangan serta maklumat dari pimpinan PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut hadir di konvensyen tersebut ialah Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ir Ahmad Samsuri Mokhtar, Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan program itu mampu mengeratkan ukhuwah ahli-ahli PAS yang berada di luar negara serta memberi ruang untuk memperkemaskan organisasi.

Oleh itu, beliau telah memberi beberapa pesanan kepada semua yang hadir bagi membangkitkan rasa kecintaan dalam perjuangan PAS.

“Jangan sekali-kali merasa hebat dalam jemaah, seolah-olah jemaah berhajat kepada kita kerana ini di antara musibah yang seringkali dilanda pimpinan dan pengikut,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/9/2024

- Advertisement -