Lukisan bangunan ikonik di kain songket tarik minat netizen

Tindakan Wisy memotong songket berbaloi dengan hasil lukisan yang menakjubkan.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bersempena Hari Kebangsaan yang ke-67 yang disambut rakyat Malaysia, ramai telah menunjukkan semangat patriotiknya melalui kreativiti masing-masing.

Salah satu perkongsian yang dikenali sebagai Wisy di Tiktok miliknya, @wisy_lukis, telah mencuri minat warganet dengan menghasilkan satu lukisan tiga bangunan ikonik Malaysia di atas kain songket.

- Advertisement -

“Untuk sambutan kebangsaan kali ini, aku lukis bangunan-bangunan ikonik di Malaysia atas sampin ini,” tulisnya di kapsyen.

Tiga bangunan yang menjadi pilihan Wisy, tiga bangunan bersejarah iaitu Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur serta bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka.

Lebih mencuri perhatian, Wisy bukannya melukis di pada canvas biasa, tetapi atas sampin jenis songket yang kelihatan agak mewah.

Dengan tangan seni yang dimiliki Wisy, kebiasaan orang akan melakar terlebih dahulu tetapi tidak padanya yang dilihat terus mengecat bangunan-bangunan dengan penuh yakin.

Kehebatan Wisy terserlah apabila dia menggunakan kemahirannya untuk melukis setiap bucu bangunan secara terperinci sehingga terlihat seperti bangunan asal dan ditambah pula pemilihan warna sebenar bangunan.

Bukan itu sahaja, karyanya yang dilakar atas songket tersebut dibingkaikan dan dia mengambil gambar di hadapan bangunan Menara Berkembar Petronas.

Lukisan tiga ikonik yang dikongsikan telah meraih (ketika berita ini ditulis) telah meraih 291.7K tontonan (views), 39.1K tanda suka (likes) dan 836 komen di TikTok. 

Dalam pada itu juga, Wisy telah berkongsi penghantaran video terbarunya dengan sekali lagi menghasilkan sebuah lukisan elemen kepelbagaian budaya di Malaysia menggunakan kain songket yang lain pula.

Antaranya adalah lukisan wau bulan, maskot tarian singa, congkak, roti canai, anyaman tikar, sate, nasi lemak dan banyak lagi.

“Kali ini lagi besar. Aku beli sampin songket untuk diconteng jadikan lukisan elemen kepelbagaian budaya di Malaysia. Selamat Hari Kebangsaan semua,” katanya. – HARAKAHDAILY 31/8/2024

- Advertisement -