Masa MP bahas Belanjawan 2025 ditambah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Dewan Rakyat berhasrat memperuntukkan masa yang lebih kepada semua ahli parlimen (MP) menyertai perbahasan Belanjawan 2025 yang dijangka dibentang pada 18 Oktober depan.

- Advertisement -

Yang Dipertuanya, Tan Sri Johari Abdul berkata, pembentangan Belanjawan 2025 dilakukan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijangka memberi limpahan besar kepada rakyat.

“Saya akan beri seluas-luasnya ruang, kalau sekarang kita berhenti maksimum jam 8 malam, mula 10 pagi dan walaupun kita pernah mula 10 pagi habis 5 pagi pun pernah kita buat.

“Begitu tak bolehlah, jadi saya had masanya sampai lapan 8 malam sahaja, tapi waktu bajet mungkin kita akan tambah sedikit masa, sekitar 10 hingga 10.30 malam,” katanya pada sidang media selepas Program Lawatan Kerja ke DUN Kelantan sempena Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Se-Malaysia 2024, di sini, hari ini. (Foto atas)

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Johari juga berkata, program lawatan tersebut bagi membolehkan kedua-dua belah pihak berkongsi cadangan dan idea yang dikemukakan oleh DUN di negeri-negeri.

“Kita boleh berkongsi pengalaman dan akhirnya mencadangkan kerajaan untuk memantapkan institusi Speaker, kita terima banyak cadangan dan pandangan yang akan dibawa.

“Lapan negeri saya lawati banyak idea dikemukakan dalam perjumpaan dengan Speaker DUN, insya-Allah dengan pertemuan ini kita dapat cipta kejayaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/8/2024

- Advertisement -