Artis minta pengundi Nenggiri pertahan PN

Dayangku Intan
- Advertisement -

KOTA BHARU: Para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri perlu  mengekalkan kemenangan calon PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 17 Ogos ini.

- Advertisement -

Artis popular tahun 1980-an Dayangku Intan berkata, tiada sebab rakyat mengundi calon BN kerana di belakangnya ada Pakatan Harapan (PH) yang menyebabkan rakyat semakin sukar dengan kenaikan kos sara hidup.

Katanya rakyat mengalami kehidupan yang ‘sukar’ di bawah kerajaan Madani sekarang dengan kos sara hidup terutamanya selepas kenaikan harga diesel.

“Keadaan kos sara hidup sekarang memang teruk, harga barang makin mahal.

“Kalau masih ada lagi sokongan terhadap kerajaan Madani tak tahulah nak cakap apa, sedangkan di semua platform media sosial kerajaan teruk dikutuk,” katanya ketika dihubungi di sini.

Intan nama sebenarnya Tunku Intan Tunku Abdul Hamid berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melaksanakan program kebajikan sebagaimana yang pernah dilaungkan ketika era reformasi.

Kata beliau jelas perdana menteri menggunakan rakyat untuk kepentingan politik.

“Intan amat rasa bersalah ketika bersama Pakatan Rakyat dahulu, 100 peratus percayai dia dan kini nak tebus balik kesalahan itu,” katanya.

Dayangku Intan pernah popular dengan lagu ‘Semakin Hari Semakin Sayang’ pernah menjadi calon PKR di Parlimen Pengerang, Johor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Selepas Pakatan Rakyat dibubarkan pada 2015 beliau undur daripada politik kemudian keluar PKR pada tahun 2018. Bagaimanapun Januari tahun lepas beliau menyertai PAS. – HARAKAHDAILY 11/8/2024

- Advertisement -