
GUA MUSANG: Umno seperti keseorangan dalam misi mahu merampas kerusi DUN Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 17 Ogos ini.
Sebaliknya Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim biarpun datang ke Kelantan hari ini, namun mempunyai agenda berbeza di Rantau Panjang.
Perdana Menteri itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi menyertai program bersama Perdana Menteri Thailand di Rantau Panjang.
Ketibaan Anwar dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pagi tadi disambut Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud. (Foto atas)
Di Gua Musang, Ahmad Zahid hanya diiringi Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Johari Abdul Ghani, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dr Akmal Salleh, Pengerusi Umno Kelantan, Dato’ Sri Ahmad Jazlan Yaakob dan Pengarah Pilihan Raya BN DUN Nenggiri, Tengku Razaleigh Hamzah.
Tidak kelihatan pemimpin utama PH termasuk daripada PKR, Amanah dan DAP.
Sebelum ini, Tengku Razaleigh pada kenyataan sebelum ini menasihatkan pemimpin DAP tidak perlu datang berkempen di Nenggiri. – HARAKAHDAILY 3/8/2024











