35 ahli Umno sertai PAS di Kuala Sanglang

- Advertisement -

JERLUN: Jemu dengan sikap pemimpin yang pentingkan diri sendiri serta tidak beramanah pada tanggungjawab yang diberikan, maka seramai 35 ahli Umno Kampung Seruan Pantai, Kuala Sanglang, di sini bertindak menyertai PAS.

- Advertisement -

Menurut salah seorang daripada bekas ahli Umno itu, Mohd Nasir  Zakaria, mereka menyertai PAS kerana yakin parti ini adil dan tidak memilih bulu terutama mengagihkan bantuan.

“Majlis Ketua Kampung (MKK) dari PAS dilihat menjalankan amanah dengan baik. Setiap bantuan dan sumbangan kerajaan negeri diberi kepada yang berhak tanpa memilih fahaman politik.

“Sepanjang kami berada di dalam Umno, tiada apa-apa yang kami perolehi,” tegasnya kesal.

Ujar beliau, berbeza dengan PAS, Umno hanya mementing pihak tertentu sahaja, malah projek-projek di kampung lebih dimanipulasikan oleh Jawatan Kuasa Kampung (JKK) serta individu dekat dengannya sahaja.

Dalam pada itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Jerlun yang juga Ahli Parlimen kawasan tersebut, Dr Abdul Ghani Ahmad mengucapkan tahniah serta mengharapkan mereka yang terbabit istiqamah dengan penghijrahan dilakukan itu.

“Tahniah dan terima kasih kerana memilih PAS sebagai wadah perjuangan. Semoga terus istiqamah hingga keakhirnya,” kata beliau.

Sementara, borang keahlian PAS tersebut diserahkan kepada Dr Abdul Ghani dalam satu majlis ringkas di kampung berkenaan, semalam. – HARAKAHDAILY 3/8/2024

- Advertisement -