Kerajaan gagal urus isu beras kerana pertembungan politik?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Selangor melahirkan rasa amat dukacita dengan sikap dan strategi Kerajaan Madani yang dilihat memperjudikan pengurusan krisis bekalan dan harga beras tempatan dalam negara ini.

- Advertisement -

Ketua Penerangannya, Zurk Ahmad berkata, krisis ini telah berpanjangan dan berlarutan hingga menjejaskan perbelanjaan harian rakyat khususnya dalam kalangan miskin bandar.

Terdahulu media tempatan melaporkan, berlaku percanggahan tindakan Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkaitan isu bekalan dan harga beras tempatan.

“Kerajaan wajib ambil tanggungjawab untuk selesaikan isu ini secara dedikasi, serius dan fokus. Pertembungan politik dalaman serta kegagalan mengurus dasar dan polisi semasa Kerajaan Madani menambahkan luka serta kekecewaan rakyat.

“Di samping defisit kepercayaan rakyat yang semakin meningkat apabila Ringgit semakin jatuh minggu ini,” ujar Zurk dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Kerajaan PH-BN dicadangkan untuk meminta nasihat daripada Perikatan Nasional yang mana telah terbukti berjaya mengurus krisis terbesar dunia ketika pandemik COVID-19 jika tidak mampu untuk mencari jalan keluar kepada krisis ini. – HARAKAHDAILY 22/2/2024

- Advertisement -