9 aktiviti menarik pada Karnival 2024 PAS Kangar

Ustaz Yussaine Yahya
- Advertisement -

KANGAR: Karnival Tahun Baru 2024 anjuran PAS Kawasan Kangar bakal menampilkan sembilan aktiviti menarik meliputi setiap golongan masyarakat.

- Advertisement -

Program yang akan diadakan pada 20 Januari ini bermula dari 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Yussaine Yahya berkata, pihaknya menjemput semua golongan masyarakat hadir memeriahkan sambutan itu.

“Semua rakyat dijemput untuk turut serta dalam Karnival Tahun Baru 2024 ini, kita akan libatkan semua golongan bermula dari kanak-kanak hingga dewasa.

“Selain itu, menerusi program ini diharapkan dapat memantapkan lagi kefahamn dan kekuatan untuk terus beramal kerana Allah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujarnya lagi, program bemula dengan Bicara Subuh dan Taujihat Kepimpinan oleh Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh di Markas PAS Padang Kota dan Putik.

Kemudian katanya, disusuli Liqa Fikri yang menampilkan pembentangan oleh Datuk Dr Nik Muhaamd Zawawi dan ulasan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin.

Manakala bagi golongan muslimah pula, mereka berpeluang menyertai pertandingan congkak, batu seremban dan gubahan telekung.

Selain itu acara bagi kanak-kanak juga disediakan antaranya supa dupa dan pertandingan mewarna.

“Acara kemuncak pengisian pada sebelah malam akan membicarakan berkaitan ‘Save Gaza’ oleh Ustaz Zulkifli Ahmad (Pandan),” jelas beliau. – HARAKAHDAILY 17/1/2024

- Advertisement -