Umno Kemaman: Dari kubu jadi kubur

- Advertisement -

Pemimpin UMNO perlu berhenti menampakkan kebebalan sendiri.

- Advertisement -

Tanpa malu Zahid Hamidi mendakwa tidak ada peningkatan sokongan kepada calon PAS di dalam PRK Kemaman dan kononnya majoriti PAS bertambah kerana pengundi putih UMNO tidak keluar mengundi.

Sedikit info untuk Presiden UMNO serta ahli-ahlinya, ini adalah jumlah dan peratus undi yang diperoleh UMNO-BN dalam empat siri pilihan raya;

PRU13 (2013): 45,525 (57.81%)
PRU14 (2018): 37,715 (41.67%)
PRU15 (2022): 38,535 (34.07%)
PRK (2023): 27,778 (29.94%)

Penurunan konsisten ini nampaknya cuba dinafi oleh Presiden UMNO walhal sebelum ini Zahid sendiri yang dakwa Kemaman adalah kubu kuat UMNO.

Kemudian, lihat pula jumlah dan peratus undi yang diperoleh oleh PAS.

PRU14 (2018): 39,878 (44.06%)
PRU15 (2022): 65,714 (58.11%)
PRK (2023): 64,998 (70.06%)

Faktanya, peratus undi PAS meningkat. Peratus undi BN menurun. Dan yang lebih menarik, undi PRK 2023 adalah gabungan undi PH-BN, namun peratusnya tetap merosot.

UMNO boleh terus berada diawang-awangan dengan menghidangkan halwa telinga kepada ahli-ahlinya, jika mereka memang merancang untuk meranapkan UMNO. Tetapi saya berharap, parti yang pernah menjadi tempat berpaut bangsa melayu ini kembali lurus diatas perlembagaannya.

Sayangnya, melihat kepada respons pemimpin UMNO sekarang, seperti sudah sampai masa ahli UMNO sedar bahawa parti mereka sudah sangat sukar untuk diselamatkan.

Kesetiaan ahli kepada prinsip parti sudah tidak ada nilai, apabila orang nombor satunya menggadai prinsip untuk kepentingan peribadi. Perjuangan kita kerana dasar, bukan kerana individu. Melayu wajib terus dijulang. Terjemahkan kesedaran untuk menjulang melayu ini dengan tindakan. Kerana tidak semua manusia, mampu menjadikan amaran kata-kata sebagai pengajaran.

USTAZ AIREROSHAIRI ROSLAN
Ketua Penerangan PAS Pahang
5 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 5/12/2023

- Advertisement -