KSAS: Kelantan lantik 2 lagi jawatankuasa khas

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan telah melantik dua lagi jawatankuasa khas untuk meneliti laporan Program Publisiti dan Penyertaan Awam secara lebih terperinci mengenai Pengubahan Rancangan Pemajuan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya akan menilai dan membuat keputusan berdasarkan keputusan penelitian yang akan dibuat oleh jawatan kuasa terlibat.

“Jawatan kuasa yang melibatkan beberapa agensi terlibat akan meneliti laporan dan menghantar kepada pihak kerajaan negeri untuk dibuat keputusan mengenai perkara itu.

“Penilaian itu penting untuk menjaga persekitaran dan mineral yang ada. Kita perlu mengenal pasti tempat yang sesuai dan serta mengenalpasti definasi KSAS sebab kita tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program pelancaran rancangan kawasan khas Bandar Baru Tunjong 2035, di Dewan Terantai, di sini, hari ini.

Terdahulu, media mlaporkan Kerajaan Kelantan akan meneliti laporan Program Publisiti dan Penyertaan Awam secara lebih terperinci mengenai Pengubahan Rancangan Pemajuan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

Malah, kerajaan negeri sedang menunggu laporan berkenaan sebelum sebarang keputusan secara lebih terperinci diputuskan.

Katanya, laporan mengenai perkara itu dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu selepas melalui peringkat Program Publisiti dan Penyertaan Awam yang bermula 11 Oktober hingga 11 November lalu. – HARAKAHDAILY 5/12/2023

- Advertisement -