Khidmat Malaysia Sabah bantu mangsa kebakaran

- Advertisement -

KUNAK: Mangsa kebakaran Kampung Kunak Tiga terima bantuan kewangan daripada Khidmat Malaysia Sabah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Dewan Kampung Kunak, semalam.

- Advertisement -

Menurut pengarah Khidmat Malaysia Sabah, Sahar Abdul Majid kebakaran itu berlaku pada awal subuh 29 November lepas.

“Kebakaran itu melibatkan tujuh buah rumah, enam daripadanya hangus sepenuhnya, manakala satu lagi sempat diselamatkan,” katanya.

Menurutnya, kesemua tujuh keluarga mangsa yang terkesan telah diberikan sumbangan kewangan bagi meringankan beban mereka.

Beliau berpesan kepada mangsa agar sabar dengan ujian yang dihadapi dan memaklumkan bahawa Allah pasti akan menggantikan yang terbaik.

“Khidmat Malaysia Sabah yang merupakan sayap NGO kebajikan PAS, akan sentiasa prihatin kepada semua masyarakat yang di timpa musibah, tidak kira dimana juga berada,” ujarnya yang juga Setiausaha PAS negeri.

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Sabah, Hendri Hamsah dan Norsah Bongsu serta Yang Dipertua PAS Kawasan Lahad Datu, Ramli Pataruddin. – HARAKAHDAILY 5/12/2023

- Advertisement -