85 peratus warganet beri reaksi positif terhadap Dr Sam

- Advertisement -

DR SAM atau nama penuhnya Dr Ahmad Samsuri tular di media sosial apabila sedutan rancangan podcast Keluar Sekejap menobatkan beliau sebagai ‘Most Valuable Politician’ disebarkan. Pengacara bersama podcast tersebut Khairy Jamaluddin berkata maklum balas daripada rakyat Negeri Terengganu amat menghormati Dr Sam sebagai Menteri Besar.

Susulan itu nama Dr Sam menjadi trending di media sosial terutama Facebook. Dapatan Analitika Ilmuwan menunjukkan trending menaik sejak 27 November apabila beliau membentangkan belanjawan tanpa menyatakan peruntukan secara terperinci bagi mengelakkan salah guna kuasa ketika tempoh berkempen. 

Beliau berkata “Antara sebab utama pendekatan terbaru ini dibuat adalah kerana sewaktu belanjawan ini dibentangkan saya juga terlibat dalam satu proses demokrasi pilihan raya di tempat yang semua sedia maklum untuk mengelak saya dilihat mengambil kesempatan supaya pertandingan yang saya sertai itu lebih adil sifatnya, maka saya mengambil keputusan untuk bersikap lebih cermat untuk tidak menyebutnya dalam belanjawan kali ini.” – Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

85 peratus warganet memberi reaksi positif terhadap beliau. Dari komen warganet yang dapat dikumpulkan dapat kami simpulkan rata-rata memuji keperibadian, pembawakan dalam mengetuai kerajaan negeri serta pencapaian Negeri Terengganu di bawah kepimpinan beliau. 

16,000 engagement dapat dikumpulkan di Facebook, manakala 7,000 pula di laman Twitter. Terdapat sejumlah kecil respon negatif yang diterima yang berlegar dengan komen berkenaan royalti yang diberi oleh Kerajaan Pusat. Namun dibalas dengan komen bahawa royalti itu adalah hak rakyat Terengganu.

QGENANALYSTS – HARAKAHDAILY 2/12/2023

Sumber: 
1. Analitika Ilmuwan 
2. https://www.facebook.com/DrAhmadSamsuri/posts/918457199636868 
3. https://www.facebook.com/watch/?v=864871331783994 

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100042985766158/posts/pfbid02X2cpNFker6HLQwiN5DHySS7Mw46u3VHo3wnKHmfRWdV2jWnT24YGp5Mdx6N33VPtl/?mibextid=UyTHkb 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -