Kedah Aerotropolis: Apa yang Kerajaan Madani takut?

- Advertisement -

SEMALAM ada kawan walanon Kedah tanya, “awat MB (Menteri Besar) Kedah pi tandatangan dengan syarikat cokia untuk Projek Aerotropolis?”. 

Aku tanya dia “awat hang cakap macam tu”. 

Dia kata “syarikat tu HQ dia kat atas Restoren Mat Rock Ayam Kunyit”. 

Biar betul MB ambil syarikat cokia? Tak boleh jadi ni. Aku pun buat carian. Okey cerita dia macam ni. 

Pertama, syarikat yang tandatangan perjanjian untuk bina Kedah Aerotropolis adalah KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd milik Kerajaan Negeri dan Tahira Air Sdn Bhd yang sahamnya dimiliki oleh Vincent Tan Kee Kim dan Tahira Logistics Sdn Bhd. 

KXP AirportCity dan Tahira Air akan tubuh satu syarikat ‘special purpose vehicle’ untuk membangunkan Kedah Aerotropolis ni. 

Dari sudut kewangan, Tahira Air mencatatkan pendapatan sebanyak RM4.9 juta pada tahun berakhir 2020. Selain itu, prestasi kewangan Tahira Logistics yang memiliki saham Tahira Air mencatatkan pendapatan sebanyak RM97 juta dan keuntungan selepas cukai sebanyak Rm1.6 juta pada tahun berakhir 2022. 

Walanon punya syok pertikai syarikat Tahira sampai dia orang lupa masa Kerajaan Selangor beli saham Wavpay untuk Program INSAN, lagi teruk dan berada dalam keadaan rugi. Cuba kau orang tengok dekat bawah ni;

Keputusan kewangan berakhir 31 Disember 2021 bagi Wavpay Fintech dan anak syarikatnya. 

Wavpay Fintech – Tiada hasil, rugi RM-5,180.

Wavpay System – Hasil RM52,766 dan rugi RM-1.9 juta. 

Wavpay Credit – Hasil RM165, rugi RM-406,317

Wavpay e-Commerce – Tiada hasil, rugi RM-7,286.

Elok saja Kerajaan Negeri Selangor beli 48 peratus saham Wavpay Fintech. Tak ada pun walanon nak pertikai Kerajaan Negeri Selangor? 

Kedua, MB Sanusi pun dah jelaskan dalam sidang DUN Kedah. Syarikat SPV ni nanti akan bekerjasama dengan Henan Province Airport Group (HPAG). Mungkin kau orang terfikir kenapa kerjasama dengan syarikat ni? 

Untuk pengetahuan kau orang syarikat inilah yang kendalikan Lapangan Terbang Zhengzhou Xinzheng (CGO) dekat China. Lapangan terbang ini antara 40 lapangan terbang kargo terbaik dunia yang mempunyai kapasiti 40 juta penumpang dan 700,000 tan kargo setahun. 

Lapangan Terbang CGO ini juga bersebelahan dengan Zon Ekonomi Zhengzhou Xinzheng  (ZAEZ) yang diiktiraf antara Aerotropolis terbaru kat dunia dengan keluasan 415 km persegi. 

Kerajaan China tubuhkan ZAEZ ni sebagai salah satu strategi untuk integrasi global, transformasi ekonomi dan kemajuan di daerah Henan yang mempunyai populasi 96 juta orang. 

HPAG juga baru ni tandatangan MOU dengan Etihad Cargo untuk wujudkan ‘Air Silk Road’ antara Henan Province dengan Abu Dhabi. Air silk road ini juga menghubungkan antara Henan dengan lebih 200 bandar. 

Itulah juga hasrat MB Sanusi bila dia bersungguh nak laksanakan projek Aerotropolis ni. Projek ni penting ‘the real game changer’ kerana limpahan ekonomi dari projek aerotropolis ini akan membawa limpahan ekonomi ke Negeri Kedah. 

Kalau kau orang nak tengok kejayaan Aerotropolis ni boleh tengok Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol kat Amsterdam, Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon kat Seoul dan Aerotropolis Europe di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle France. 

Setakat hari ini kelulusan hanya diberikan hanya kepada Pusat penyelenggaraan pembaikan dan baik pulih (MRO) dan Sidam Logistics, Aerospace dan Manufacturing Hub (SLAM) dan taman perindustrian dan perniagaan. Komponen paling penting iaitu Terminal dan Lapangan Terbang masih belum diluluskan lagi. 

Tapi kenapa susah sangat nak dapat kelulusan Kerajaan Pusat untuk Terminal dan Lapangan Terbang? 

Pandangan aku mudah saja. Model perniagaan KXP ni adalah menggabungkan pengangkutan kargo udara, MRO, SLAM dan industri serta lokasi Kedah itu sendiri yang strategik akan membawa masuk pelaburan penting ke Negeri Kedah, mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah serta limpahan ekonomi ke seluruh Negeri Kedah. 

Maka kalau berlaku semua di atas, lagi susah PH nak ambil balik Kedah. Maka strategi politiknya adalah sekat jangan beri kelulusan. Mudah kan? 

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 1/12/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/t4eGBAKtsu1AVBBZ/?mibextid=xfxF2i 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -