
SEORANG ketua negara dan seorang ketua negeri. Bagaimana mereka menerajui pentadbiran setahun selepas dinaikkan?
1. Perdana Menteri ke-10 (PMX) sekat peruntukan, Dr Samsuri (Dr Sam) beri peruntukan.
Setahun pembangkang bernaung bawah Kerajaan Madani tanpa peruntukan.
Pada tahun 2017, setiap ADUN Kerajaan BN di Terengganu diberi peruntukan RM4 juta dan telah dihabiskan sebelum separuh tahun.
Dalam rekod perbelanjaan besar berlaku ketika PRU13. Walaupun terbukti berlaku pembaziran, Dr Sam tetap memberi peruntukan kepada ADUN pembangkang.
2. PMX menaikkan kadar cukai, Dr Sam menghapuskan cukai.
PMX menaikkan kadar cukai SST daripada 6 peratus kepada 8 peratus untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan bantuan rakyat.
Belum sampai setahun, Dr Sam umum pada hujung tahun 2018 cukai pintu dihapuskan bagi semua premis kediaman. Cukai tertunggak juga dihapuskan untuk mengurangkan beban rakyat.
3. PMX gagalkan usaha yang baik, Dr Sam teruskan dan baiki projek sakit.
Sebelum berakhir 2018, Dr Sam berjaya merasmikan semula Hotel Paya Bunga yang sepatutnya beroperasi pada 2017 namun projek itu gagal disiapkan. Jumlah keuntungan meningkat setiap tahun.
PMX batal projek tebatan banjir, cuba menggagalkan projek KXP, keluarkan nikotin dari Akta Racun, mansuh skim rumah dan pelbagai pengumuman yang membangkitkan kemarahan rakyat.
4. PMX ambil kesempatan, Dr Sam berlaku adil.
Beberapa hari sebelum PRN, PMX umum bantuan khas kepada penjawat awam, pesara kerajaan dan kredit e-tunai dalam program kerajaan.
Dr Sam tidak memperincikan jumlah bantuan walaupun dalam pembentangan Belanjawan kerana mahu bertanding secara adil dan tidak mahu mengambil kesempatan sempena PRK Kemaman.
5. PMX tidak tunaikan janji, Dr Sam laksanakan manifesto.
PMX melanggar pantang larang PKR. Lantik diri sendiri sebagai Menteri Kewangan, nepotisme, guna Akta Hasutan untuk mengugut rakyat, guna aset kerajaan untuk tujuan peribadi dan menafikan royalti negeri pembangkang.
Dr Sam berjaya tunaikan 12 daripada 20 manifesto pada tahun pertama. Lesen motosikal percuma, bekalan air percuma, caj wad kelas 3 percuma dan kembalikan tanah rakyat yang dirampas.
Pada masa yang sama Dr Sam terus membaiki projek sakit BN dan melangsaikan hutang dengan Persekutuan yang ditinggalkan BN tanpa menjadikan ia sebagai isu dan alasan.
USTAZ MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor
Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 30/11/2023











