Sudah 4 bulan berlalu, mana pengganti Menteri KPDN?

- Advertisement -

GENAP 4 bulan pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub. Lebih 2 bulan  kerusi Allahyarahm sudah diganti pada PRK Pulai 9 September lalu.

Namun sehingga hari ini, belum ada lantikan baru bagi jawatan Menteri KPDN.

Walaupun ada pemangku dan Timbalan Menteri ketika ini, jawatan Menteri tetap penting dan utama sebagai anggota dalam mesyuarat Kabinet.

Ini jawatan penting!

Tidak lama sebelum ini pernah dihebohkan Perdana Menteri akan melakukan rombakan Kabinet dan diharapkan lantikan Menteri KPDN ini juga akan selesai.

Malangnya, rombakan tidak berlaku. Baik atau tidak keadaan ini, lihatlah prestasi kerajaan hari ini. 

Dimaklumkan, Presiden PAN pun sudah menghantar senarai nama calon. Apa lagi kekangannya?

Perdana Menteri mestilah sangat sedar dan cakna isu harga barang dan kos sara hidup masih menjadi rungutan kebanyakan rakyat. Baik pengguna dan peniaga, masing-masing sedang ‘struggle’.

Dengan kehadiran Menteri KPDN dahulu pun, berat tanggungjawab beliau menguruskan isu ini dengan inisiatif rahmah dan sebagainya. Tak menang tangan.

Timbalan Menteri, Fuziah Salleh katanya hala tuju KPDN tidak terjejas walaupun kerja bertambah. 

Bagaimana pula situasi sebenarnya yang dirasakan rakyat?

Rakyat menilai namun tiada hak menentukan, hanya Perdana Menteri. Jadi apakah alasannya lantikan baru masih belum boleh dibuat?

Sekian.

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan dan Media Baharu PAS Pusat
22 November 2023 – HARAKAHDAILY 22/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -