Baiki dulu keadaan jalan raya Pulau Carey

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membaiki keadaan jalan raya di Pulau Carey sebelum melaksanakan projek pembangunan di kawasan itu.

Dato’ Dr Ahmad Yunus Khairi (PN-Kuala Langat) berkata, pembangunan kawasan pulau itu dijangka akan bermula pada tahun 2025.

Namun, katanya maklumat lanjut mengenai bentuk projek pembangunan tidak diketahui kerana kerajaan tidak membentangkan pelan induk pembangunan di situ.

- Advertisement -

“Saya harap sistem jalan raya akan diperbaiki sebelum pembangunan dilaksanakan supaya tidak memudaratkan masyarakat tempatan,” katanya ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, terdapat lima Kampung Orang Asli dan satu kampung orang Melayu di Pulau Carey yang sebahagian besar bekerja sebagai nelayan.

Sementara itu, katanya langkah kerajaan mewartakan pesisir pantai dan Sungai Langat di Pulau Carey sebagai kawasan batasan menyebabkan nelayan sering diganggu oleh pihak berkuasa ketika mencari rezeki.

“Saya ingin mendapatkan penjelasan apakah pertimbangan yang boleh diberikan kepada nelayan-nelayan ini untuk melalui kawasan berkenaan ketika mencari rezeki,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/11/2023

- Advertisement -