Pertempuran pejuang Palestin dengan tentera zionis berterusan

- Advertisement -

ANGKA kematian dalam kalangan pendatang haram Yahudi, tentera dan polis rejim zionis Israel terus meningkat kepada 659 orang dengan lebih kurang 2,156 orang lagi dilaporkan cedera termasuk dalam keadaan kritikal di samping ratusan lagi dilaporkan hilang.

- Advertisement -

Angka korban di kalangan warga Palestin dianggarkan seramai 370 orang dengan 2,200 orang lagi dilaporkan cedera.

Rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara ke atas Semanjung Gaza dengan menyasarkan bandar Gaza, Beit Hanoun dan Khanyounis yang mengakibatkan kemusnahan teruk ke atas infrastruktur, bangunan kediaman dan perniagaan termasuk mengebom sebuah sekolah PBB yang menempatkan warga Palestin yang berlindung dari serangan tentera rejim Zionis Israel dan Ibu pejabat Islamic National Bank.

Pertempuran antara kumpulan pejuang Palestin dan tentera rejim zionis Israel masih berterusan di beberapa bandar seperti di Sedirot, Qibots Magen, Qibotus Salim, Natif, Asqlan, Kisovim, Jenin dan  Ashdoud di samping kumpulan pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke atas kedudukan tentera rejim zionis Israel di penempatan haram Yahudi yang menyebabkan kemusnahan teruk serta berjaya menawan beberapa lagi penempatan haram Yahudi.

Kumpulan pejuang Palestin dilaporkan telah menyerang dan menawan ibu pejabat yang juga pangkalan tentera utama rejim zionis Israel di Gaza iaitu pengkalan tentera ‘Ra’im’, menumpaskan serta menawan tentera rejim zionis Israel yang berada di pangkalan tentera tersebut.

Kumpulan pejuang Palestin melaporkan lima buah bot yang dipenuhi pasukan komando pejuang Palestin berjaya menyusuri pantai di Asqlan dan menumpaskan tentera rejim zionis Israel.

Serangan roket dari Lubnan yang dilaporkan berkemungkinan dari Hizbullah menyebabkan tentera rejim zionis Israel menggunakan sistem anti peluru berpandu Patriot untuk memintasnya.

Rejim zionis Israel telah mengeluarkan pendatang haram Yahudi dari penempatan haram di sempadan Gaza seperti di Bairi, Orem, Nahl Ouz, Netif Hasra dan Zikim.

Ribuan pendatang haram Yahudi yang mahu keluar melarikan diri bersesak-sesak dan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Tel Aviv ekoran pembatalan penerbangan keluar dari negara haram Israel.

Rejim zionis Israel turut mengeluarkan amaran tahap tertinggi kepada kesemua misi kedutaannya di seluruh dunia berikutan perang yang sedang berlaku di Palestin.

Seorang polis Mesir di wilayah Mansha, Alexandria dilaporkan telah menembak mati 6 pelancong Israel dan mengakibatkan 8 lagi pelancong Israel cedera.

Saat ini kedudukan kumpulan pejuang Palestin hanya 10 km daripada Tebing Barat.

Ketika ini kumpulan pejuang Palestin memperbaharui dan memperhebatkan serangan roket ke atas kedudukan tentera rejim zionis Israel dan penempatan haram Yahudi.

Tentera rejim zionis Israel telah menempatkan kereta-kereta kebal di sempadan Lubnan di samping menempatkan puluhan kereta kebal di sekeliling Semenanjung Gaza.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin. – HARAKAHDAILY 9/10/2023

Penulis ialah Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.

- Advertisement -