Hubbu Nabi: 3,000 pelajar pondok sertai perarakan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Lebih 3,000 pelajar Pondok Pasir Tumboh dan penduduk tempatan menyertai perarakan sempena Sambutan Hubbu Nabi 1445 peringkat negeri, hari ini.

- Advertisement -

Perarakan terbabit diadakan bagi menzahirkan rasa cinta dan rindu junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi ikutan dan teladan bagi semua umat Islam seantero dunia.

Suasana mendung pada hari ini tanpa sinaran matahari mereka mula berkumpul seawal jam 7.30 pagi pekarangan Wisma Pondok.

Ada yang berjalan kaki malah ada yang menaik kenderaan dua roda untuk bersama-sama berkumpul untuk meluahkan perasaan itu walaupun terpaksa berpeluh dengan keringat.

Turut menyertai perarakan dengan sepanduk dan kain rentang Maulid Nabi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, Ustaz Abdul Rahman Yunus.

Sambil melaungkan selawat dan nasyid memuji Rasulullah SAW, mereka berarak sambil membawa sepanduk sejauh kira-kira satu kilometer menuju ke Pondok Pasir Tumboh.

Pondok yang lebih dikenali Madrasah Diniah Bakriah itu menjadi lokasi Sambutan Hubbu Nabi dihadiri oleh Menteri Besar, Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Turut hadir Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Idham Abdul Ghani dan semua kepimpinan kerajaan negeri dan wakil rakyat yang lain.

Kerajaan negeri pada hari ini telah mengadakan Sambutan Hubbu Al-Nabi 1445, bagi menghimpunkan pimpinan dan rakyat di atas satu wadah perpaduan menerusi kecintaan kepada Baginda SAW. – HARAKAHDAILY 28/9/2023

- Advertisement -