Haaland dipilih Pemain Terbaik PFA

- Advertisement -

Penyerang Manchester City, Erling Haaland dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA).

Pemain berusia 23 tahun itu diundi mengatasi rakan sepasukan, Kevin de Bruyne dan John Stones, serta pemain Arsenal, Martin Odegaard, Bukayo Saka dan bekas pemain Tottenham, Harry Kane yang kini bersama Bayern Munich.

- Advertisement -

Prestasi luar biasa Haaland menyaksikan dia menjaringkan 52 gol dalam 53 perlawanan semua pertandingan musim lalu, menyumbang kepada kejayaan City merangkul gelaran Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Pemain antarabangsa Norway itu juga mendapat pengiktirafan pada Mei lalu, dianugerahkan gelaran Pemain Terbaik Musim Liga Perdana dan Pemain Lelaki Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak.

Saka pula ditabalkan sebagai Pemain Muda Terbaik PFA buat kali pertama selepas menerima pencalonan untuk musim keempat berturut-turut.

Penyerang Aston Villa, Rachel Daly menerima anugerah Pemain Terbaik Wanita PFA selepas menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak dalam Liga Super Wanita dengan 22 gol.

Lauren James dari Chelsea dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik. – REUTERS

- Advertisement -