Pindah: Guru Kafa JAIS tidak sama skim kementerian

Mohamed Sukri Omar
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta mengkaji semula pertukaran guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).

- Advertisement -

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Mohamed Sukri Omar, guru-guru Kafa tidak sama seperti guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari sudut skim perkhidmatan.

Katanya, pertukaran itu sangat membebankan kos kehidupan mereka kerana gaji guru Kafa tidak tinggi.

Beliau menambah, berpindah ke bandar memakan kos yang tinggi dari sudut sewa dan lain-lain.

“Pandangan saya sekiranya pertukaran ini perlu dilakukan, elaun tambahan mesti diberikan untuk meringankan kos kehidupan mereka yang melibatkan sewa dan lain-lain,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya bukan hanya arahan dikeluarkan tetapi mesti beserta dengan memberi perhatian dari sudut kebajikan para guru Kafa tersebut.

“Ataupun saya mencadangkan agar JAIS menambah penjawatan guru-guru Kafa bagi memenuhi keperluan JAIS,” katanya lagi.

Menurutnya, Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari mungkin boleh melihat perkara itu dengan menambah peruntukan bagi penambahan guru Kafa JAIS atau menyediakan elaun-elaun yang sewajarnya bagi guru tersebut. – HARAKAHDAILY 27/8/2023

- Advertisement -