Foster umum persaraan kali kedua

- Advertisement -

Bekas penjaga gol England, Ben Foster, bersara buat kali kedua hanya dua bulan selepas menandatangani lanjutan kontrak setahun dengan pasukan Liga Dua, Wrexham.

Foster yang berusia 40 tahun memainkan peranan penting membantu pasukan Wales itu bersaing kembali dalam Liga Bola Sepak Inggeris, membuat 12 penampilan sepanjang berada di kelab yang dimiliki oleh bintang Hollywood, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney

- Advertisement -

Dia keluar daripada persaraan untuk menandatangani perjanjian jangka pendek dengan Wrexham pada Mac lalu sebelum menyelamatkan penalti masa kecederaan menentang Notts County pada bulan berikutnya untuk meletakkan Wrexham berpeluang mendapat kenaikan automatik dari Liga Kebangsaan.

“Sejujurnya, persembahan saya musim ini tidak mencapai tahap yang saya mahukan. Saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk bersara,” kata Foster dalam satu kenyataan.

“Keputusan ini bukan sahaja yang terbaik untuk saya tetapi kepada kelab. Keputusan ini memberi peluang kepada kelab untuk menilai pilihan mereka sebelum jendela perpindahan ditutup.

“Wrexham akan sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hati saya.” – REUTERS

- Advertisement -