
ALOR SETAR: Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit, kira-kira jam 10.15 pagi tadi.
- Advertisement -
Beliau melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar.
Sanusi yang juga Adun Jeneri menerajui kerajaan Kedah bagi penggal kedua selepas dilantik kali pertama pada 17 Mei 2020 setelah kerajaan Pakatan Harapan runtuh.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lepas, Sanusi mempertahankan kerusi DUN Jeneri yang disandangnya sebelum ini dengan menewaskan calon BN, Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi. – HARAKAHDAILY 14/8/2023











