
MARANG: Proses pengundian di semua daerah berjalan lancar tanpa kejadian yang tidak diingini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, seluruh lokasi tempat membuang undi dipantau dan didapati prosesnya berjalan dengan baik.
“Setakat pagi ini, peti-peti undi ada empat pusat hari ini, empat pusat mengundi dibuka pada pukul 8.00 pagi tadi dan di Terengganu ini keseluruhan ada 28 dan semua peti-peti undi ‘diescort’ oleh polis ke tempat pusat mengundi.
“Jadi semuanya berjalan lancer, alhamdulillah dan lokasi pemantauan saya di Marang dan Kuala Terengganu termasuklah yang kita terima dari ketua-ketua polis di semua daerah di Kuala Terengganu ini mendapati proses pengundian berjalan lancar tiada apa-apa kejadian ataupun tindakan-tindakan yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan Rusila, di sini, hari ini.
Pagi tadi, lebih kurang 7,000 orang pegawai dan anggota polis termasuk Rela melakukan kawalan keselamatan sepanjang PRN di negeri ini.
Beliau berkata semua parti, calon-calon mengundi dalam keadaan selesa dan proses pengundian setakat berjalan dengan lancar.
“Kita harapkan supaya proses mengundi ini berjalan dengan lancar dan tenang dan kepada semua parti-parti, calon-calon atau peraih undi dan sebagainya bagi lah peluang kepada orang ramai untuk mengundi dalam keadaan selesa dan hormatilah hak mereka, untuk memilih mana parti yang baik,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/8/2023











