
KOTA BHARU: Islam tidak pernah menghalang golongan wanita berfesyen selagi mana ia tidak bercanggah dengan peraturan dan kehendak Islam.
Isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Bentara Kanan Siti Zabedah Abdul Hamid berkata, perhiasan, aksesori, dan rekaan yang memikat hati masyarakat terutamanya wanita selagi tidak mengetepikan syariat Islam.
Sedangkan menurutnya ramai wanita yang mengetepikan syariat Islam semata-mata untuk mengejar fesyen ‘up-to-date’ kerana terpengaruh dengan trend yang tidak sihat di laman sosial.
“Fesyen pakaian wanita secara umumnya dan fesyen Islamik secara khusunya sangat hebat melanda Malaysia.
“Tambahan lagi, kemuculan pereka fesyen yang menampilkan pelbagai gaya, warna dan berbagai lagi sehingga menarik minat kaum wanita,” ujarnya ketika merasmikan Busana Muslimah Fasion Show di KTC di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Datuk Mumtaz Md Nawi, isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Hasmani Husin dan Puan Seri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak. – HARAKAHDAILY 24/6/2023











