Sisi, Erdogan setuju tingkat hubungan diplomatik

Abdel Fattah al-Sisi (kiri) dan Recep Tayyip Erdogan
- Advertisement -

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, bersetuju mengenai “permulaan segera untuk meningkatkan hubungan diplomatik, bertukar-tukar duta,” kata Presiden Mesir dalam satu kenyataan, semalam.

- Advertisement -

Sisi bercakap dengan Erdogan dalam panggilan telefon untuk mengucapkan tahniah terhadap kemenangan jawatan presiden.

Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry melawat Turkiye pada April lalu dan bertemu rakan sejawatannya, Mevlut Cavusoglu.

Kedua-dua pihak kemudian dilaporkan bersetuju dengan jangka masa tertentu untuk meningkatkan semula tahap hubungan diplomatik dan bersedia untuk sidang kemuncak antara kedua-dua presiden.

Kedua-dua presiden mungkin bertemu semula secara peribadi selepas pilihan raya Turkiye pada 14 Mei, kata Cavusoglu pada April lalu. – REUTERS

- Advertisement -