Program Dapur Hijau jimat perbelanjaan harian keluarga

Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail
- Advertisement -

TUMPAT: Program Dapur Hijau yang dilaksanakan di Kelantan sejak 2015 sedikit sebanyak dapat membantu surirumah mengurangkan perbelanjaan harian keluarga.

- Advertisement -

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, mereka dapat mengurangkan kos sara hidup terutamanya perbelanjaan dapur.

Katanya, peserta program tersebut diberi pendedahan kaedah penanaman secara organik bagi menanam sayur-sayuran di halaman rumah masing-masing.

“Objektif utama program ini menggalakkan suri rumah supaya menanam sendiri sayuran. Ini secara tidak langsung mengurangkan perbelanjaan dapur mereka,” katanya pada program Dapur Hijau Peringkat Negeri di Dewan Bunga Raya Pantai Seri 7 hari ini.

Sempena program itu Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob melakukan gimik kempen seed community melalui penukaran biji benih di antara parlimen serta penyampaian hadiah kepada Pemenang Dapur Hijau 2022.

Tuan Mohd Saripudin juga berkata, program tersebut yang bermula pada tahun 2015 menyasarkan golongan armalah, suri rumah dan golongan yang berpendapatan rendah. – UPKN

- Advertisement -